PAMERAN HARI KESEDARAN BENCANA 2011 DAN PELANCARAN KEMPEN ‘’ONE MILLION SAFE SCHOLLS AND HOSPITALS’’ AND MAKING CITIES RESILENT- MY CITY IS GETTING READY’’
Seramai 37 pelajar dan 2 orang guru pengiring iaitu Puan Ungku Safiah binti Ungku Abd.Hamid dan Puan SIti Suhana binti Saliehan menyertai Pameran Hari Kesedaran Bencana 2011 iaitu pada 19 Februari 2011 bersamaan hari sabtu , jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari . program ini dapat membangkitkan kesedaran tentang persediaan menghadapi bencana alam dan menimbulkan perasaan cinta terhadap alam sekitar . Pameran ini diadakan pada 18 februari hingga 20 februari bertempat di Dewan MITC, Ayer Keroh , Melaka yang dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Negara , Jabatan Perdana Menteri (MKN) dengan kerjasama United Nations International Strategies for Disaster Reducation (UNISDR) yang melibatkan 3 kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) , Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan tempatan (KPKT) . Sebanyak 37 booth pameran daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta .
Setibanya kami di Dwan MITC , kami berpecah dalam 9 kumpulan untuk mengunjungi booth yang terdapat disitu . Pelbagai info dan maklumat tentang kepentingan menjaga persekitaran alam sekitar yang kami perolehi sewaktu memasuki booth tersebut seperti kejadian bencana alam sering dikaitkan dengan kemusnahan alam sekitar terutama kemusnahan hutan belantara Negara . Keadaan ini wujud kerana hutan dianggap sebagai pelindung atau penahan berlakunya kejadian banjir dan kemarau untuk menakung dan menyalirkan air dengan baik . Malahan , keghairaha Negara untuk membangunkan bangunan yang pesat memang mendorong berlakunya bencana alam . Pembangunan yang pesat memang penting tetapi perlulah dikawal atau dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak menjejaskan sistem ekologi secara drastik . Tambahan pula, sikap kita dalam menguruskan sumber asli terutama penyelanggaran sungai dan pembalakan hutan yang tidak pratikal akan menyebabkan sumber Negara akan terus deksploitasi.
Langkah-langkah yang boleh dilakukan ialah pihak kerajaan mengetatkan peraturan berkaitan dengan alam sekitar dengan lebih baik dan menjalankan satu usaha pemeriksaan yang holistic tanpa pengecualikan sesiapa jua dalam pemeriksaan ini . Kempen seperti ini dapat membuka mata masyarakat betapa penting nya menjaga alam sekitar terutamanya kepada generasi muda yang bakal menghuni Negara ini . Selain itu, sikap manusia yang sambil lewa akan menyebabkan masalah ini menjadi semakin berlarutan dan sukar untuk diselesaikan.
Kami meninggalkan Dewan MITC pada pukul 12.30 tegah haridengan perasan gembira dan seronok . Pengalaman ini dijadikan rujukan dan panduan bagaimana ingin mengelakkan bencana alam berlaku dan cara menanganinya . Oleh itu sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita haruslah menangani isu ini dan mencintai alam sekitar untuk mengelakkan bencana alam .
Laporan disediakan oleh ,
(NUR HANIS AMIRA BINTI ZAINAL ABIDIN)
Wakil pelajar 4K3,
Sekolah kebangsaan (P) Methodist .






